Wednesday, February 21, 2007

Industri musik...indah khabar dari rupa



Zahirnya industri musik dan hiburan tanahair sentiasa glamour.Dengan publisiti di majalah dan akhbar ,majlis anugerah sana...anugerah sini para penyanyi,pemuzik dan mereka yang terlibat dalam industri ini nampak seperti tidak ada masalah.

Kalau mengikut cakap 'orang lama ' dalam industri ini,Freddie Fernandez terasa kebanyakannya macam indah khabar dari rupa sahaja. Realitinya bukan semua yang boleh tidur malam dibuai mimpi macam Siti Nurhaliza,Ning Baizura atau Misha Omar.Ada juga yang tersorok di celah kilauan glamour tidak boleh bayar sewa rumah dan sangkut bil letrik bulanan. Setelah bergiat cergas dalam industri ini bermula dari jadi anggota kumpulan The Revolvers pada tahun 1972 lagi,Freddie memang ada authoriti nak bercakap mengenai bab industri hiburan.

Beliau mengunakan istilah we are in a bad shape bila ditanya apakah situasi industri ini sekarang. Masalahnya berkait-kait dari pembunuh utama industri ini iaitu gejala cetak rompak sampailah kepada soal sikap para penggiat bidang ini yang susah untuk bersatu.sedangkan ia amat penting bagi memperjuangkan dan memperbaiki nasib mereka sendiri. Dalam interbiu dengan Agendadaily baru-baru ini, pengasas syarikat Betarecs Sdn Bhd, COO syarikat Maestro yang mengurus produk Akademi Fantasia dan juga Timbalan Presiden Karyawan ini mengakui ada banyak masalah yang terus menghimpit industri ini.

Sebagai salah seorang yang boleh dikatakan berjaya sebagai usahawan dalam bidang ini,Freddie,52, berkata beliau terus merasa prihatin dan ingin melihat industri ini berkembang pada tahap yang sepatutnya. Sebab itu katanya sejak 20 tahun lampau beliau tidak jemu-jemu panjat dari kementerian ke kementerian untuk berjumpa dan berbincang dengan menteri- menteri yang berkenaan untuk membincangkan apa jua masalah yang perlu diselesaikan. Namun katanya setakat ini... its going nowhere.

Berikut ialah transkrip interbiu Agendadaily dengan Freddie Fernandaz:


AGENDADAILY: Mungkin orang sudah lupa.boleh saudara terangkan sedikit latar belakang dan penglibatan dalam industri ini?


FREDDIE: Saya berasal dari Segamat,Johor.Saya datang ke Kuala Lumpur untuk masuk sekolah St John,Bukit Nenas untuk Tingkatan 6 sepelas MCE. Penglibatan saya dalam bidang ini bermula bila saya mewakili sekolah St John untuk pertandingan bakat antara sekolah. Sebenarnya saya bukanlah pengasas kumpulan Revolvers.Dalam pertandingan itu band Revolvers jadi backing band kami.Pertandingan itu diadakan di Stadium Negara. Lepas tamat tingkatan enam masa saya masih tunggu keputusan HSC.saya dengar pemain keyboard Revolvers akan pergi ke Australia..maka mereka cari seorang pemain keyboard baru. Saya pun pergilah untuk audition..saya dapat.Saya secara rasmi jadi anggota Revolvers pada bulan Januari 1972. Lepas keputusan HSC keluar.


Saya dapat masuk Universiti Malaya belajar dalam jurusan ekonomi. Bulan Jun baru masuk universiti .saya ingat ada enam bulan boleh main dan kemudiannya tinggal.tetapi bila masuk universiti..terus main juga - sudah seronok main muzik. Kebanyakan function pada hujung minggu.Jadi saya belajar dan boleh dapat pendapatan dengan main muzik.Saya main muzik di dance function ....ada f unction kat Federal Hotel dan Dewan Bahasa dan Pustaka ..tiap-tiap hujung minggu ada macam-macam ball kat sana. Memang berat sikit pasal you nak main muzik.pagi Isnin pergi lecture. Lepas tu kita dapat kontrak dengan Tin Mine di Hotel Hilton Kuala Lumpur main Ahad malam.Jadi pagi Isnin pergi lecture selalu lambat. Namun begitu pada tahun 1975, saya lulus Universiti Malaya dengan Bachelor Economic (Honours). Nasib baik tahun itu ( 1974) exam ditunda sebulan kerana rusuhan pelajar di Universiti Malaya. Jadi ada masa nak catch up dengan lecture notes .




Saya main dengan Revolvers sehingga 1986 selama 15 tahun. Waktu dengan Revolvers saya keluarkan tiga album iaitu Perpisahan,Namun Ku Punya Hati dan satu lagi kami panggil Revolvers 3 . Lepas saya graduate pada tahun 1975 saya jadi Pegawai Pemasaran di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) . Masa di MTIB saya anjur misi dan pamiran perdagangan kayu di Amerika dan Eropah. Lepas tu saya ditukar ke bahagian kontrak dan penguatkuasaan.saya pun banyak belajar cara-cara buat kontrak..dari situ saya dapat banyak pengalaman..jadi saya tahu cara kerajaan. Masa di MTIB pun saya terus main dengan Revolvers juga secara parttime..kita mengadakan kontrak di Hotel Jayapuri (sekarang PJ Hilton) dan membuat persembahan di satu kelab yang dinamakan "Glass Bubble". Cuma bila kena pergi bertugas luar negara saya berhenti main..




Pada tahun 1980 saya cipta lagu untuk Pesta Lagu.lagu pertama saya Perpisahan ..tapi tak berjaya.walaupun ramai orang kata lagu tu harus menang. Pada masa itu saya nampak saya tidak boleh teruskan dengan double life ini, dimana jadi pegawai kerajaan pada siang dan pemuzik pada waktu malam. Saya tidak keberatan membuat keputusan untuk meletak jawatan dari MTIB pada tahun 1981dan tumpukan perhatian kepada bisnes dalam bidang muzik

No comments: