Wednesday, March 7, 2007

Mana royalti Sudirman?


Sudah hampir 15 tahun meninggal dunia, tetapi perihal royalti penghibur nombor 1 Asia, Sudirman Arshad masih lagi belum berakhir. Inilah lawak paling kelakar dalam dunia hiburan.
Bayangkan 15 tahun tak ada apa pun royalti sedangkan setiap tahun ada saja album kompilasi yang menyelitkan nyanyian Sudirman. Mana royaltinya?

Apa masalah sebenarnya? Kalau tak ada masalah tentu tak sampai 15 tahun orang masih tertanya-tanya. Apa misteri di sebalik royalti ini? Apakah yang menyebabkan pengagihan royalti penghibur berkenaan tidak dapat lakukan dengan sempurna.

Baru-baru ini, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) melalui presidennya, Freddie Fernandez bersedia membantu menyelesaikan masalah berkenaan. Maknanya pengagihan royalti ada masalah.

Freddie memberitahu Karyawan bersedia menjadi orang tengah untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan segera. Sekarang segalanya terserah kepada keluarga Sudirman sama ada untuk membawa hal berkenaan ke tengah atau mendiamkan saja isu berkenaan.

Bagi kami, isu macam ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia melibatkan harta intelek seorang insan yang sudah banyak berjasa kepada masyarakat dan negaranya.

Kami faham, untuk meminta-minta, bukanlah cara keluarga Sudirman. Mereka tidak mahu membesar-besarkan isu ini sebab tidak mahu dituduh macam-macam.

Alahai, susah juga kalau macam ini. Tetapi harap hal ini akan menemui titik penyelesaian dan kalau memang ada bahagian untuk Sudirman yang belum ditunaikan, jangan tangguh lagi.
Bayangkan kalau orang surat khabar tak tau tak apa juga. Kami orang luar. Ini keluarga Sudirman tak tahu menahu. Maknanya memang tak adalah royalti itu. Mana boleh tak ada sedangkan setiap CD atau kaset yang dijual ada bahagiannya.

Siapa yang ambil? Kami akan terus tanya dan tanya sampai selesai.

1 comment:

Surau Seroja Bkt Jelutong Timur said...

Dear Freddie,
Jangan cuba persoal hak dan tugas umat islam menyedarkan saudara islam kami yang lain.
You can be a hero for the artists but at the same time we have the obligation to remind our fellow brothers.
The muslim artists must not realized this too.